12.11.2011, Sabtu
Aku turun seawal 7:30 pagi. Semangat aku berkobar-kobar dengan gewang-gewang yang aku baru beli semalam. Harap-harap aku dapat lesen casting bulan aku pada hari ini.

1st Spot
Sudah agak lama aku perhatikan ikan bulan di sini bermain-main di depan mata. Dah bermacam gewang yang aku cuba sebelum ini, tapi tak ada satu pun mampu menambat hati si bulan ini. Lokasi ini terletak berhampiran dengan Taman Penaga.
Gewang 1:In-line Spinner cap bakau
Strike: 0
Catch: 0
Gewang 2: Micro Popper cap bakau
Strike: 4
Catch: 1
Nampaknya dah jumpa... ini yang dia nak rupanya...
1st fish: vs micro popper
Agak mengejutkan aku, lemparan yang pertama dan kedua sudah pun menerima sambaran hebat. Akhirnya sambaran keempat berjaya juga menewaskan si bulan.
1st Fish: Bulan
Saiz sedahana, panjang lebih kurang 1 kaki. Tak sempat nak ukur sebab terlalu teruja. Lagi pun, aku takut bulan ni mati sebelum sempat aku lepaskannya kembali.
2nd Spot
Sebelum pulang, sempat lagi aku layan haruan kat lokasi kegemaran aku. Bersebelahan dengan lokasi 1 (seberang jalan).
Ikan kedua: vs topwater frogy
Selepas 4-5 kali baling, ada juga haruan yang yang berkenan.
Ikan kedua: Haruan
Saiz serdahana, panjang lebih kurang 10-11 inci
.