Gewang yang aku gunakkan ialah 'Spinner bait' atau pun lebih dikenali sebagai 'Janggut' dari jenama BOOYAH POND MAGIC.
Agak memberangsangkan, aku menerima banyak 'strike' terutamanya daripada haruan yang bersaiz kecil. 2 daripadanya tersangkut dan terlepas sebelum sempat dibawa naik. Hanya seekor berjaya dinaikkan iaitu Haruan yang bersaiz agak besar. Anggaran berat ialah sekitar 0.6 - 0.8 kg. Panjang lebih daripada 1 kaki.
Selasa, 27 Disember 2011
Selasa, 20 Disember 2011
Ikan Bulan Vs Bulu Ayam
Seperti biasa, jika ada waktu yang terluang aku akan pergi ke kedai joran mencari gewang baru atau yang belum pernah aku cuba. Aku bertanyakan pada tokey kedai mengenai gewang yang sesuai untuk ikan bulan. Tokey tu cakap, kalau ikan bulan guna bulu ayam bagus. Bulu ayam? Ya, bulu ayam yang orang guna pancing tenggiri. Tapi ambil saiz yang paling kecil.
Harganya tak la mahal sangat, apa salahnya aku cuba. Keessokkannya, aku terus mencuba gewang bulu ayam yang baru beli tu. Kebetulan pada waktu tu air tengah surut, walau pun air keruh, aku boleh nampak dengan jelas ikan bulan menyambar permukaan air sana dan sini. Memang banyak betul ikan bulan yang bermain-main di sini. Kadang-kadang tu aku boleh nampak dengan jelas ikan bulan yang bersaiz bagak timbul di permukaan air.
Sungguh mengejutkan, memang betul gewang bulu ayam ni terbukti berkesan. Balingan yang pertama sudah pun disambar ikan bulan. Akan tetapi, ada sedikit kesilapan, mata kail yang aku gunakan terlalu kecil, semua sambaran ikan bulan tu sia-sia sahaja, susah nak tersangkut. Akhirnya, berjaya juga aku naikkan seekor yang bersaiz serdahana.
Aku terus mencuba, walau pun menerima banyak sambaran, tapi masih lagi gagal bawa naik ikan tersebut. Banyak yang terlepas sebelum berjaya di daratkan. Mungkin juga kerana mulut ikan bulan yang terlalu besar berbanding mata kail yang aku gunakan.
Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku sudah tau kesilapan utama aku kat sini. Lain kali, aku akan cuba gunakan mata kail yang lebih besar. Atau pun guna mata kail yang bercabang tiga. Harap-harap teori aku betul pada kali ini.
Terima Kasih.

Selasa, 13 Disember 2011
Lesen Haruan vs Popper
Ini merupakan lesen Haruan Vs Popper. Kali ini, situasi yang agak menarik. Kebetulan, sewaktu pulang dari kerja, aku singgah sebentar ke tali air. Pintu tali air dibuka dan pada waktu itu adalah waktu air surut.
Aku lihat ada ribuan mungkin jutaan anak ikan seluang memenuhi permukaan tali air. Aku boleh nampak dengan jelas ikan haruan melompat sana sini menyambar anak seluang.
Pada mulanya, aku cuba 'casting' dengan 'Frog bait'. Nampaknya haruan langsung tidak menghiraukan umpan katak plastik yang aku gunakan. Aku mencuba pula dengan 'popper' bersaiz kecil dan menerima beberapa sambaran daripada Haruan.
Seperti yang kita tahu, salah satu diet ikan Haruan ialah anak ikan. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya berjaya juga aku naikkan seekor Haruan yang bersaiz kecil. Cukuplah sekadar melengkapkan koleksi lesen aku.
Mungkin kita semua terlalu obses dengan penggunaan katak hidup atau katak plastik. Memang tidak dinafikan katak adalah merupakan umpan terbaik bagi menewaskan Haruan. Akan tetapi, buat kali pertama aku melihat dengan mata kepala aku sendiri Haruan tidak menghiraukan umpan katak malah lebih galak membaham umpan 'popper' yang dimainkan secara 'walk-the-dog' yang cukup perlahan. Mungkin inilah yang orang selalu katakan, "Lain padang, lain belalangnya".

Isnin, 12 Disember 2011
Ikan Puyu boleh casting?
Sejak akhir-akhir ni, aku terlalu ghairah dengan 'Micro Lure'. Keseronokan bermain dengan 'Micro Lure' ini agak berlainan sedikit. Pada mulanya, target utama aku ialah ikan Bulan. Akan tetapi, gewang mikro yang aku gunakan menerima banyak sambaran terutamanya daripada ikan Haruan yang bersaiz 'baby'. Agak menyeronokkan apabila melihat anak-anak haruan ini mengejar gewang mikro. Akan tetapi, tak ada seekor pun anak Haruan atau ikan Bulan yang berjaya aku naikkan.
Tanpa disangka, seekor bapak ikan Puyu, menyambar gewang mikro aku. Pada mulanya aku ingatkan ikan Bulan. Oleh kerana joran yang aku gunakan juga adalah bersaiz mikro, aku dapat rasakan dengan jelas tarikkan ikan Puyu ini. Memang betul teori aku selama ini, ikan Puyu juga mempunyai potensi yang besar untuk sambar gewang. Tambahan pula, ini adalah merupakan kali kedua aku berjaya naikkan ikan Puyu dengan teknik 'casting.
Warna gewang yang sesuai mestilah warna yang terang seperti hijau, jingga atau merah jika bermain di air yang jernih. Berlainan pula jika di air yang keruh. Selalunya warna yang sesuai untuk air yang keruh ialah, hitam, silver atau gold.
Gewang mikro ini mestilah dimainkan dengan aksi yang cukup perlahan. Ianya mestilah kelihatan seperti ikan emas atau kap yang sedang berenang. Seperti yang semua orang tahu, renangan ikan emas atau kap ini tidaklah selaju ikan-ikan yang lain.
Perbezaan yang cukup ketara apabila aku cuba memainkan gewang mikro ini dengan aksi yang laju. Selalu tidak ada langsung sambaran. Aku pernah mencuba di air yang jernih dimana ikan Haruan boleh dilihat dengan jelas. Apabila aku cuba 'casting' gewang mikro dengan aksi yang laju, ikan Haruan langsung tidak menghiraukan gewang tersebut. Kemudian, aku cuba lakukan dengan aksi perlahan. Aku nampak dengan jelas Haruan menuju ke gewang mikro dan mengekorinya sampai ke tepi air.
Walaupun tiada sambaran yang berlaku, tetapi ianya sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perkara yang boleh menarik minat ikan untuk bertindak. Pernah juga aku merima sambaran ikan Haruan yang besar, akan tetapi 'hook' gewang mikro ini terlalu kecil dan ianya tidak mampu mencangkuk ikan Haruan tersebut dengan sempurna. Walau bagaimana pun, ini tidak bermakna ianya tak boleh menaikkan ikan yang besar.
Masih banyak lagi eksperimen yang perlu aku lakukkan. Mungkin ada diantara kita hanya ghairah mencari ikan yang besar. Tetapi, aku sebaliknya, ghairah dalam mencuba pelbagai teknik. Akhir kata, kesimpulan yang dapat aku buat disini, kepuasan dalam mencuba pelbagai teknik adalah jauh lebih memberi kepuasan dalam memancing. Selain daripada itu, saiz joran dan kekili juga memainkan peranan yang amat penting dalam menghasil renangan yang cantik untuk gewang mikro ini.

Langgan:
Catatan (Atom)