Rabu, 24 Oktober 2012

Jump frog 20 minit

Pagi ni, aku cuma ambil masa sekejap sahaja untuk turun casting. Bukannya apa, sekadar nak mengurangkan rasa demam jump frog.

Keadaan air sangat la cantik pagi ni. Tenang dan agak penuh. Air sedikit keruh ekoran hujan lebat malam semalam. Aku sampai di tempat kejadian lebih kurang dalam pukul 7:35am.









Kali ni, aku guna jump frog warna oren pulak. Ekoran swivel snap aku rosak semalam, jadi untuk hari ini, aku tak mau lagi guna swivel. Aku lebih ikat terus jer. Setelah selesai siapkan joran dan ikat umpan, aku mula memancing lebih kurang pukul 7:40am. Aku target tepat jam 8:00am, aku nak berhenti.






Saat-saat akhir, lebih kurang pukul 7:57am, ada jugak seekor haruan curut sudi menyambar jump frog warna oren ni. Lepas sesi ambil gambar, aku terus bersiap-siap dan pulang ke rumah. Dapat seekor pun jadi la. Sekadar tak kumpau.










Sekian dan Salam Strike!

Selasa, 23 Oktober 2012

Demam Jump Frog

Kali ni aku turun sebelah pagi. Semalam, sebelum pergi kerja, aku perasan, keadaan air lebih jernih dan agak penuh. Jadi, pagi ni, aku singgah sekejap layan jump frog dalam setengah jam. Kali ni, aku tak timbang ikan, tak sempat dan tak sabar nak layan jump frog. Macam biasa, teknik yang aku gunakkan ialah, karauan perlahan. Banyak jugak strike aku dapat, mungkin haruan kecil. Yang berjaya ditarik naik cuma 3 ekor. Nyaris-nyaris nak naikkan 4 ekor. Ikan yang last sekali terlepas semasa nak naikkan ke atas tebing.

Ikan yang pertama bersaiz curut. Rasanya-rasanya tak sampai pun 100g.













Ikan yang kedua agak besar. Mungkin lebih daripada 200g tapi tak mungkin lebih 300g.












Ini haruan yang ketiga. Saiz kecik sedikit dari yang kedua. anggaran berat dalam 150-170 gram.












Apa-apa pun, layan jump frog, memang best.

Salam strike!

Isnin, 22 Oktober 2012

Jump frog hand-made

Demam jump frog aku semakin menjadi-jadi. Hari ini aku turun lagi. Sekejap jer, dalam setengah jam casting.

Kali ni jump frog kuning putih pulak.














Lokasi yang pertama.














Ikan yang berjaya ditawan di lokasi yang pertama. Haruan 175g. Boleh tahan agresif jugak ikan ni walau pun kecil. Habis rosak swivel snap aku.











Lokasi yang kedua.













Ikan haruan 170g yang berjaya dinaikkan di lokasi yang kedua. 3 kali ikan ni strike jump frog aku, kali yang ketiga baru betul-betul lekat dan boleh dibawa naik. Kebetulan air agak surut dan jernih. Ikan ni cuma bermain-main dekat dengan kaki aku. Tak sangka pulak dia strike jump frog aku sampai 3 kali.

Jump frog hand-made

22hb Oktober 2012 - Ahad

Hari minggu. Hujan mencurah-curah sejak tengah hari. Pada sebelah petang hujan mula reda. Aku ajak anak-anak dan isteri pergi pasar malam sekejap beli sedikit juadah untuk makan malam. Dalam perjalanan pulang ke rumah, singgah sekejap di tali air untuk memancing haruan.

Jump frog hand-made daripada seorang sahabat. Selalunya, jump frog di aksikan dengan aksi yang laju. Akan tetapi, beberapa minggu yang lepas, aku ada buat beberapa eksperimen. Pada mulanya, aku mencuba bermain-main jump frog di lokasi air yang jernih. Memang tidak dapat dinafikan lagi, jump frog memang killer untuk haruan. Kemudian aku mencuba pula di lokasi yang berair keruh. Seperti biasa, aku membuat karaun pantas. Tetapi, tak ada satu strike pun yang aku dapat. Pada mulanya aku fikir, tempat tu sememangnya tak ada ikan.

Aku cuba mengubah teknik, iaitu membuat karauan perlahan pula. Secara teorinya, penglihatan ikan agak kurang sewaktu air keruh. Agak mengejutkan, bertalu-talu strike yang aku terima cuba kurang bernasib baik.

Hari ini, aku mencuba lagi di tempat yang berair keruh. Kali ini, aku singgah dilokasi yang sememangnya aku tak pernah dapat ikan sebelumnya. Dengan menggunakan jump frog, aku membuat karau yang perlahan dan jump frog diaksikan di laluan yang sama dengan lebih kerap.


Karaun perlahan di air yang keruh memang terbukti berkesan. Akhirnya, seekor haruan 250g menyambar jump frog walau pun jump frog sudah hampir sampai ke tepi dan aku hampir-hampir mahu mengangkat joran untuk membuat balingan seterusnya.

Sekian.