Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Strike.
Tak lama lagi kita akan berhari raya dan seperti biasa, setiap kali raya menjelma, aku akan pulang ke kampung aku dan seperti biasa juga terjadilah beberapa komplot memancing tanpa dirancang bersama biras-biras, ipar-ipar dan juga sahabat-sahabat di kampung.
Tengah hari tadi, aku keluar sekejap ke klinik gigi untuk membuat tampalan baru pada gigi aku yang sedang berlubang kerana tampalan lama dah tercabut. Tampal gigi ni bukannya murah, terpaksa tunggu gaji masuk dulu, baru boleh buat.
Setelah selesai, dalam perjalan pulang ke pejabat, hujan mula turun renyai-renyai dan kebetulan pula berhampiran dengan TCE Tackle. Apa lagi, singgah dulu sementara menunngu hujan reda.
Masuk sahaja ke dalam kedai, produk yang paling mengejutkan aku ialah Soft Plastic udang cap Bakau. Perghhhh!!!! itulah ayat pertama yang terkeluar kat mulut aku. Ada 2 saiz, iaitu kecil dan besar. Gambar kat atas tu, lebih kurang dalam 5cm kalau tak silap aku iaitu yang kecil. Yang besar lebih kurang 7-8cm.
Bagi aku, memang cantik, terutamanya warna firetiger yang aku beli ni. Setakat yang aku tengok dalam kedai tadi, ada 3 warna sahaja. Mungkin lain kali aku beli warna-warna yang lain.
Seperti selalu, setiap kali pulang ke kampung, target utama ialah ikan siakap dan MJ (siakap merah). Aku beli 2 biji lagi minnow Strike Pro. Lagi pun, stok minnow aku tak banyak sebab semasa di Penang, aku lebih banyak layan haruan dan tarpon. Nak tahu menjadi ke tidak, kena la tunggu lepas raya nanti.
Apa-apa pun, aku nak mengambil kesempatan ini mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN' kepada semua.
Sekian, Salam Strike!
Tuan...sy bru beli mesi bc utk mencuburi bdg casting. Bole tuan ajar sy x menggunakan bc...kalau x keberatan boleh tuan hubingi sy di 0184071864. Teima kasih
BalasPadamTuan...sy bru beli mesi bc utk mencuburi bdg casting. Bole tuan ajar sy x menggunakan bc...kalau x keberatan boleh tuan hubingi sy di 0184071864. Teima kasih
BalasPadam