Jumaat, 18 September 2015

Layan haruan guna soft frog


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Mula-mula sekali, aku nak mohon maaf pada semua sebab dah lama tak update blog. Kali ni bukan kerana aku malas nak update, memang sejak post yang terakhir, aku jarang pergi mancing. Dah la jarang mancing, kumpau pulak tuh.


Tapi sejak awal bulan lepas, iaitu awal bulan Ogos 2015, tiba-tiba sahaja datang satu perasaan rindu pada soft frog. Misi utama adalah mencari soft frog dulu. Hasil dari rondaan aku dari kedai ke kedai, ntah macam mana terjumpa soft frog santec nih. Fuh... Takder cakap banyak, terus aku ambil nih. Ada beberapa color atau pattern, tapi pattern yang ini memang yang dah lama aku cari. Memang color atau pattern yang nih ada sedikit sentimental value yang mana antara pattern soft frog yang terawal yg aku pernah beli dan bermulanya kegilaan aku casting haruan guna soft frog.


Ternyata, haruan cukup mudah tertipu dengan soft frog. Tambahan, soft frog juga jatuh dalam kategori gewang yang kalis sangkut dan mampu beraksi pada lokasi yang heavy cover. Memang seronok, setelah berkali-kali di sambar haruan, akhirnya soft frog santec aku terpaksa akur dengan keganasan haruan dan akhir menjadi kudung. Oleh kerana bermain di lokasi yang heavy cover, ada juga satu ketika tali terbelit pada pokok air.


Pada peringkat awal, agak susah untuk dapat strike yang solid. Memang sudah jadi kebiasaan, asal ikan strike, mesti terkejut dan balas strike dengan sekuat hati. Ntah macam mana, pada satu ketika, aku terlalu leka dan lupa nak balas strike, tapi berjaya dapat solid strike dan ikan berjaya didaratkan. Kemudian aku terfikir satu teori dan cuba praktikkan. Percayalah cakap aku, cukup susah nak biasakan diri bagi mengikuti teori yang ini. Teorinya mudah sahaja, bila ikan strike, jangan balas strike, cukup sekadar angkat joran atau karau laju sikit sekadar nak bagi tali tegang.


Hasil daripada eksperimen yang dijalankan ternyata teori ni menjadi. Boleh dikatakan hampir 90% strike yang aku terima melekat walau pun di sambar curut. Cuma kadang-kadang ikan terlepas sebelum berjaya didaratkan. Tapi tak semudah tu nak biasakan diri agar jangan balas strike... Hahaha... Cuba la kalau tak percaya...


Berikut, ialah beberapa gambar ikan haruan yang berjaya dinaikkan dengan menggunakan soft frog santec nih. Tak semua aku ambil gambar, terutamanya yang dapat masa baru guna sebab masa tu terlalu excited sebab dah lama sangat kumpau.


Terima kasih kerana sudi membaca dan harap terhibur. Salam strike!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan