Selasa, 3 Mac 2015

Rod UL Surecatch Zuna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tengah hari tadi aku ada pergi jalan-jalan ke kedai pancing kegemaran aku iaitu kedai yang menjual banyak barang-barang Surecatch dan Zerek. Pada mulanya aku cuma nak mencari braided line 10lbs sebab ada orang dalam Facebook berminat nak beli. Seperti biasa, aku selalu layan sembang dengan tokey kedai. Sambil-sambil menilik rod-rod yang ada di situ, aku bertanya pasal rod UL. Sememangnya aku sedang mencari rod UL. Tokey tu cakap... Ada...



Sebaik sahaja tokey tersebut tunjukkan kat aku Rod Surecatch Zuna, perghhh... Terkejut aku tengok kehalusan diameter rod tersebut. Memang tersangat halus berbanding rod-rod UL yang aku pernah pakai atau tengok sebelum ni. Tak cakap banyak, aku suruh tokey tu packing rod tu sementara aku pergi bank cucuk duit. Kira confirm aku ambik rod nih. Seterusnya, nak cari reel dan tali.


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum W.b.T , tuan macam mana untuk buat perambut untuk ultralight? kalau pakai umpan fly camner nak lempar? kna tambah batu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam W.B.T.

      Perambut untuk set UL sama jer macam set-set yang lain. Tak ada bezanya. Penyediaan perambut bergantung pada jenis umpan yang kita, jenis ikan yang kita nak pancing dan juga bergantung pada teknik yang kita gunakan.

      Kalau nak pakai umpan fly, bergantung juga kepada jenis umpan fly yang kita nak guna. Seperti yang kita sedia maklum, umpan fly ada bermacam-macam jenis. Antara yang paling pupular yang digunakan untuk pancingan biasa ialah umpan fly untuk saltwater seperti Clouser Minnow, Crazy Charlie, Shrimp, Flasher, Deceiver dan sebagainya. Untuk umpan fly saltwater ni selalu tu kena guna Carolina Rig. Tuan boleh buat carian dalam google untuk maklumat lanjut mengenai Carolina Rig. Akan tetapi, jika menggunakan wet fly sebagai umpan, boleh guna dalam dua cara. Pertama, sama jer amcam umpan fly saltwater, guna Caroline Rig. Cara yang kedua, kalau memancing di tempat yang airnya mengalir seperti sungai atau jeram, boleh guna teknik hanyut dengan menggunakan pelampung. Kalau air mengalir dari kiri ke kanan, baling ke kiri dan biarkan umpan tersebut hanyut secara semula jadi. Selalunya teknik ni sangat sesuai kalau nak mancing ikan lampam sungai. Dan selalunya umpan fly yang digunakan adalah seperti Pheasant Tail Nymph, Caddis Larva, Copper John, Backcopper Stonefly dan sebagainya.

      Nak tambah batu atau tidak bergantung kepada berat umpan. Kalau umpan tu dah cukup berat dan boleh buat balingan, tak perlu la nak tambah batu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sorry lambat reply... beli kat Jln Pantai, Georgetown, Penang.

      Padam