Sabtu, 12 November 2011

Lesen Casting Ikan Bulan

12.11.2011, Sabtu

Aku turun seawal 7:30 pagi. Semangat aku berkobar-kobar dengan gewang-gewang yang aku baru beli semalam. Harap-harap aku dapat lesen casting bulan aku pada hari ini.

1st Spot
Sudah agak lama aku perhatikan ikan bulan di sini bermain-main di depan mata. Dah bermacam gewang yang aku cuba sebelum ini, tapi tak ada satu pun mampu menambat hati si bulan ini. Lokasi ini terletak berhampiran dengan Taman Penaga.







Gewang 1:In-line Spinner cap bakau
Strike: 0
Catch: 0









Gewang 2: Micro Popper cap bakau
Strike: 4
Catch: 1

Nampaknya dah jumpa... ini yang dia nak rupanya...








1st fish: vs micro popper
Agak mengejutkan aku, lemparan yang pertama dan kedua sudah pun menerima sambaran hebat. Akhirnya sambaran keempat berjaya juga menewaskan si bulan.







 1st Fish: Bulan
Saiz sedahana, panjang lebih kurang 1 kaki. Tak sempat nak ukur sebab terlalu teruja. Lagi pun, aku takut bulan ni mati sebelum sempat aku lepaskannya kembali.







2nd Spot
Sebelum pulang, sempat lagi aku layan haruan kat lokasi kegemaran aku. Bersebelahan dengan lokasi 1 (seberang jalan).









Ikan kedua: vs topwater frogy
Selepas 4-5 kali baling, ada juga haruan yang yang berkenan.










Ikan kedua: Haruan
Saiz serdahana, panjang lebih kurang 10-11 inci.

3 ulasan:

  1. nice TARPON bro.. lepas ni try loose kan sket drag dan always keep your rod as low as possible (nak lg best benamkan ujung rod dlm air) time fight ngan bulan neh.. good luck!

    BalasPadam
  2. Thank for the info bro... masalahnya, rod yang aku guna tuh 5'6", medium action, stok layan haruan. Nak kena cari rod panjang sikit dalam 6'6" ker... light action. Tapi susah nak cari untuk BC... baru sedap fight dgn bulan nih...

    BalasPadam
  3. Klu bro ada bnyak gewang mickro upload la...bgi tip gewang mickro yg tip top..ok bro aku suka article ko ni...majula suka hanyir ni....

    BalasPadam