Selasa, 20 Disember 2011

Ikan Bulan Vs Bulu Ayam

Seperti biasa, jika ada waktu yang terluang aku akan pergi ke kedai joran mencari gewang baru atau yang belum pernah aku cuba. Aku bertanyakan pada tokey kedai mengenai gewang yang sesuai untuk ikan bulan. Tokey tu cakap, kalau ikan bulan guna bulu ayam bagus. Bulu ayam? Ya, bulu ayam yang orang guna pancing tenggiri. Tapi ambil saiz yang paling kecil.

Harganya tak la mahal sangat, apa salahnya aku cuba. Keessokkannya, aku terus mencuba gewang bulu ayam yang baru beli tu. Kebetulan pada waktu tu air tengah surut, walau pun air keruh, aku boleh nampak dengan jelas ikan bulan menyambar permukaan air sana dan sini. Memang banyak betul ikan bulan yang bermain-main di sini. Kadang-kadang tu aku boleh nampak dengan jelas ikan bulan yang bersaiz bagak timbul di permukaan air.

Sungguh mengejutkan, memang betul gewang bulu ayam ni terbukti berkesan. Balingan yang pertama sudah pun disambar ikan bulan. Akan tetapi, ada sedikit kesilapan, mata kail yang aku gunakan terlalu kecil, semua sambaran ikan bulan tu sia-sia sahaja, susah nak tersangkut. Akhirnya, berjaya juga aku naikkan seekor yang bersaiz serdahana.

Aku terus mencuba, walau pun menerima banyak sambaran, tapi masih lagi gagal bawa naik ikan tersebut. Banyak yang terlepas sebelum berjaya di daratkan. Mungkin juga kerana mulut ikan bulan yang terlalu besar berbanding mata kail yang aku gunakan.

Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku sudah tau kesilapan utama aku kat sini. Lain kali, aku akan cuba gunakan mata kail yang lebih besar. Atau pun guna mata kail yang bercabang tiga. Harap-harap teori aku betul pada kali ini.

Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan