Jumaat, 5 Jun 2026

Post pertama untuk 2026

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Zaman dah berubah, orang dah tak baca blog. Semua fokus pada video di TikTok, Facebook & Youtube. Tapi hari ni aku ada buat posting jugak dalam blog aku ni. Tak kisah la ada orang baca ke tidak. Sekadar tanda hadir.

Untuk makluman semua, aku sekarang tidak lagi tinggal di Pulau Pinang. Aku dah pindah ke negeri kelahiran aku iaitu Terengganu. Aku sekarang menetap di Kg Raja, Kuala Besut. Dah 3 tahun lebih aku pindah sini.

Aku masih lagi aktif di Facebook, Youtube dan Tiktok. Kepasa sesiap nak tengok aku boleh pergi cari aku di sana.

Untuk Tiktok aku guna nama aku sendiri sebab kurang dapat sambutan kalau tak guna nama orang.

Kalau ada sesiapa terbaca post aku ni, mohon komen sikit sebagai tanda hadir. InsyaAllah, aku akan cuba untuk update kembali aktiviti memancing aku dalam blog ni.


Salam Strike!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan